TARIKH: 28
JUN 2015
LOKASI:
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU
1.0
Pengenalan
Kerjasama dan penglibatan antara
guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar
berada tepat pada landasannta. Justeru itu, hari terbuka yang diadakan saban
tahun merupakan peluang terbesar unutk merapatkan hubungan para guru dan
ibubapa.
Antara objektif hari terbuka
ialah
·
Membincangkan
prestasi pembelajaran anak.
·
Membincangkan
pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk kokurikulum dan
sahsiah)
·
Mewujudkan
hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan pihak
sekolah
2.0
Latar Belakang
Pada tahun ini, hari terbuka
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau dilaksanakan bermula pada pukul 10 pagi. Semua
ibu bapa mula membanjiri perkarangan sekolah bermula pukul 9 pagi lagi. Ibu
bapa dan penjaga di iringi para pengawas menuju ke kelas di mana sesi pertemuan
dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga
jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan
cemerlang.
Para guru menjalankan tanggungjawab dengan
efisien dan ikhlas memberi dorongan, galakan serta teguran membina kepada murid bagi menaikkan motivasi
mereka. Ibu bapa juga dilihat professional dan terbuka dalam setiap
perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segara laporan guru berlandaskan
fakta dan asas untuk memperbaiki tahap akademik dan kualiti anak masing –
masing.
Program ini berakhir pada pukul 1.20 petang.
3.0
Maklumbalas ibu bapa
Antara maklum balas yang diterima
ialah
3.1
Beg buku
anak terlalu berat. Diminta guru menyenaraikan buku yang akan digunakan untuk
setiap hari. Anak – anak terbeban memikul beg berat menaiki tangga sekolah.
3.2
Ibu bapa
berterima kasih kepada guru – guru kerana mengajar dengan penuh kesabaran.
3.3
Ibu bapa
tahun 4 menyuarakan pendapat bahawa soalan peperiksaan untuk pertengahan tahun
agak mencabar. Mereka meminta supaya guru – guru memberikan lebih latihan
supaya pencapaian mereka meningkat
3.4
Menyuarakan
pendapat mengenai kebersihan kantin sekolah. Tahap kebersihan sekolah perlu
dimantapkan
3.5
Guru perlu
menyenaraikan kerja rumah yang diberi supaya murid lebih peka akan kerja rumah
yang diberi.
4.0
Pencapaian Program
4.1
Peratusan
ibu bapa yang hadir meningkat jika dibandingkan dari tahun sebelumnya
4.2
Program
habis dalam masa yang ditetapkan
4.3
Ibu bapa
memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berjalan.
5.0
Kemajuan/Masalah
Antara masalah yang dihadapi
ketika hari tersebut ialah:
·
Ibu bapa
hadir lagi awal daripada masa yang telah ditetapkan menyebabkan sesi
pembelajaran terganggu
·
Kurangnya
petugas yang menunjuk arah menyebabkan ibu – bapa agak hilang punca untuk
menuju ke kelas anak mereka
·
Ada juga
segelintir murid yang tidak hadir awal ke sekolah sebaliknya datang bersama ibu
bapa pada pukul 10 pagi
6.0
Cadangan
Antara cadangan yang diberikan
untuk mengatasi masalah yang timbul ialah
6.1
Mengadakan
hari terbuka di dewan. Ibu bapa tidak perlu naik turun tangga dan merayau –
rayau untuk mencari kelas anak mereka
6.2
Membuat
program dari awal pagi. Sesi pembelajaran perlu ditangguh @ membuat program
tersebut ketika hujung minggu
7.0
Gambar Aktiviti (Rujuk Lampiran)
8.0
Penutup
Hari Terbuka SKST berjalan dengan lancar dan
tidak menghadapi sebarang masalah besar ketika program ini berlangsung.
Penambahbaikan akan diambil untuk memastikan program tersebut akan lebih lancar
pada masa akan datang.
Terima kasih
diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau 2015