Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau dibuka pada 1 Januari 1982. Ketika itu di bawah pentadbiran Encik Ho Peng Seng,
Guru Besar SRJK Temenggong Abdul Rahman. Urusan pentadbiran harian
dijalankan oleh Puan Norana Ismail sebagai Penyelia.Beliau dibantu oleh 7
orang guru pelatih dan seorang guru terlatih. Pada masa itu, hanya ada 4
buah kelas Tahun 1 sahaja. Jumlah murid hanyalah lebih kurang 160
orang. Sebanyak 6 buah kelas lagi ditambah pada bulan April. 4 orang
guru pelatih telah ditukarkan dan digantikan dengan guru-guru yang
berpengalaman. Pada masa itu, jumlah murid mulai bertambah. Tiap-tiap
aliran ditambah dengan 1 kelas kecuali Tahun 2 sebanyak 2 kelas sahaja.
1983
Pada masa ini pentadbiran Sri Tebrau dipisahkan dari kelolaan SRJK
Temenggong Abdul Rahman. Mulai tarikh itu, SKST mulai diketuai oleh
seorang guru besar secara rasmi iaitu Encik Yunus b. Simin yang
ditukarkan daripada SK Sri Amar. Semua urusan pentadbiran kewangan dan
hal-hal lain diurus sendiri dan tidak lagi dirujuk kepada SRJK
Temenggong Abdul Rahman. Semasa En Yunus b Simin mengambil alih tugas
sebagai guru besar sekolah ini, keadaan sekolah terlalu kosong tanpa
sebatang pokok atau bunga-bungaan yang boleh menunjukkan keceriaan
sesebuah kawasan sekolah. Rumput dipadang juga masih belum tumbuh dengan
sempurna. Dengan bantuan guru-guru dan para pekerja sekolah , inisiatif
telah dibuat dengan menanam pokok-pokok yang diperolehi daripada
Jabatan Hutan Johor dan Majlis Perbandaran Johor. Jumlah murid juga
mulai bertambah dan sekolah mula mendapat keyakinan dari masyarakat
setempat, khasnya dari kalangan kaun cina. Mereka mulai menghantar
anak-anak mereka untuk belajar disekolah ini. Pada akhir tahun 1983, EWn
Yunus b Simin ditukarkan ke SK Tanjung Puteri. Tempat beliau telah
diambilalih oleh En S.S.Sidhu.
1984
Encik S.S.Sidhu menjadi guru besar mulai dari tahun 1984. Pada masa
beliau, kemajuan dan pencapaian akademik murid-murid sekolah ini mula
terserlah. Bangunan kedua mula didirikan pada tahun 1985/86. Beliau
menjadi guru besar sehingga tahun 1987. Kemudian, beliau ditukarkan ke
SJKC Ngee Heng. Tempat beliau digantikan oleh En Abdul Samad b Abdul
Kadir.
1988
Mulai tahun ini, En Abdul Samad b Abdul Kadir pula menjadi guru besar.
Pada masa ini, blok baru telah mula didirikan dan sekolah mulai
dijalankan dalam satu sessi. Pada awal tahun 1989, En Abdul Samad b
Abdul Kadir ditukarkan ke SK Bandar Baru Uda. Tempatnya digantikan
semula oleh seorang bekas guru besar terdahulu iaitu En S.S.Sidhu.
1989
Kedatangan En S.S.Sidhu buat kali kedua bermula pada tahun 1989.
Prestasi sekolah semakin meningkat. Beliau bertugas sehingga 1992
sebelum ditukarkan sekali lagi ke SJKC Ngee Heng. Tempat beliau
diambilalih oleh Tuan Haji Abdul Rashid b Mohd Nor. Beliau datang
daripada SK Peserian, Semerah, Batu Pahat. Perkhidmatan beliau disekolah
ini berjalan sehingga 15 Mei 1994, apabila beliau menghembuskan nafas
terakhir disebabkan penyakit semput. Sepanjang perkhidmatan beliau,
kemajuan pembelajaran menampakkan kecemerlangan ,baik dari bidang
kurikulum mahupun kokurikulum.
1994
Selepas kematian Tuan Haji Abdul Rashid b Mohd Nor, pentadbiran sekolah
diuruskan oleh En Roduan b Ahmad yang juga turut bertindak sebagai Guru
Penolong Kanan 1. Beliau mengambilalih pentadbiran sebagai Pemangku Guru
Besar. Sehinggalah pada 1 Julai 1994, tempat guru besar digantikan oleh
En Adam b Adas yang datang dari SRK Abdullah, Sungai Mati, Muar.
1995
Tuan Hj Roduan b Ahmad mula menjalankan perkhidmatan beliau sebagai guru
besar pada tahun 1995. Di bawah pentadbirannya, prestasi sekolah
menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan. Beliau sentiasa
komited terhadap tugas dan sentiasa mengambil berat mengenai kemajuan
sekolah, kakitangan, guru-guru dan juga kebajikan murid-murid. Beliau
mengakhiri perkhidmatannya di sekolah ini pada tahun 2002. Tempat beliau
digantikan oleh Cik Hajah Maznah bt Abdul Hamid sebagai guru besar yang
baru.
2002
Selepas Tuan Hj Roduan b Ahmad berpindah ke SK Tanjung Puteri, tempat beliau telah diambilalih oleh Cik Hajah Maznah bt Abdul Hamid
yang datang dari SK Infant Jesus Convent, Johor Bahru. Beliau mula
berkhidmat di sekolah ini pada 26 Disember 2002. Di bawah pentadbiran
beliau, prestasi sekolah semakin meningkat sama ada di dalam bidang
akademik mahupun bidang kokurikulum dan frasarana sekolah. Beliau
berkhidmat disekolah ini sehingga tahun 2012 .
2013
Selepas Cik Hajah Maznah bt Abdul Hamid bersara, tempat beliau telah diambil alih oleh Pn Hjh Tn Rafingah bt Tuan Soh. Di bawah pentadbiran beliau, SK Sri Tebrau telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013. Beliau sebelum ini berkhidmat di SK Taman Sutera. Prestasi sekolah juga kekal di tahap terbaik dan meningkat dalam bidang akademik dan kokurikulum.
ASSALAMUALAIKUM
ReplyDeleteSAYA AZMAN MOHD ASI ADALH KAKITANGAN PERTAMA YG MULA BERKHIDMAT DISEKOLAH INI BNYK KENANGAN SUKA DUKA BERSAMA GURU2 BG MENAIKKN NAMA SEKOLAH BERSAMA PN.NORANA ISMAIL ALHAMDULLILAH TAHUN DEMI TAHUN SEKOLH INI MENCAPAI KECEMERLANGAN DR SEGI AKADEMIK DAN KOKURIKULUM SEMOGA SEKOLH INI TERUS MAJU..
Assalamualikum En Azman, kami sedang mengumpulkan bekas kakitangan, guru2 dan semua para pelajar untuk bersama kami di https://www.facebook.com/groups/SKSTJB ,Encik juga boleh hubungi kami di FB https://www.facebook.com/skstreunion
DeleteWaalaikumusalam
ReplyDeleteTkasih InsyaAllah
Cuba contact number WhatsApp saya 0103007603 kenalkn diri ye.
Selamat Tahun Baru